Masih dalam minggu ke-7 latihan untuk Garmin Asia Run Series Half Marathon. Aku berehat lagi hari ini. Pada jam 8.45 pagi ini, cuaca di luar kelihatan panas. Mungkin panas akan berlanjutan hingga ke tengahari sebelum hujan lebat lewat petang seperti hari-hari sebelum ini. Aku berehat dari berlari hari ni kerana merawat Archilles Tendonitis yang muncul semalam. Entah dari mana? Tiba-tiba timbul di kaki kanan setelah sekian lama hilang. Di manakah silapnya? Adakah kesan dari kayuhan basikal Ahad lalu yang menambah stress pada tendon tersebut selepas larian 10K sehari sebelumnya? Mungkin juga. Mungkin tendon tidak sempat rehat sudah aku belasah dengan berbasikal pula. Tambahan lagi jarak larian 13km pertengahan minggu semalam makin menambah stress pada tendon. Aku mula rasa sejak permulaan larian. Dengan anggapan larian aku hanya larian ringan, aku tidak ambil peduli jika kesakitan itu hanya sekadar samar-samar sahaja. Rupa-rupanya kesakitan semakin meningkat SELEPAS larian. Keputusan ak