Dah masuk minggu kedua Jun. Rasa macam dah lama since last posting aku padahal awal Jun hari tu. Hahaha! Raya haji 17-Jun, lagi 3 hari.
Aku bz print baju sukarelawan korban surau. 100 helai. Aku ambil masa 4 hari. Pagi aku print batch by batch. Petang aku lipat. Mujur cuma artwork kecik print kat dada kiri so pantas la jugak & tak perlu nak setting beriya sangat untuk make sure tegak dll. Kalau artwork besar memang leceh sikit & sensitif apatah lagi bila senget. Dah jadi kat beberapa job, mujur tak obvious sangat tapi knowing aku yang cerewet dengan kualiti kerja memang rasa sedikit tak puas hati.
![]() |
Polo Microfiber |
Untung job baju korban sebenarnya dah habis aku guna untuk bayar bil. TNB, Air Selangor, Unifi, Digi, Bil TNB & Air Selangor memang tinggi sikit 1-2 bulan lepas sebab rumah penuh. Tambah pulak ada paip bocor selepas meter. Hmmm...so basically angan-angan aku nak ada extra sikit dari untung job korban ke angin lalu je. Even, hasrat untuk sign-up ScoreRun 1OK pun dah tawar hati.
Syukur ada rezeki Allah bagi dengan a few jobs sudden. Design flyers untuk Jeff, posters pakej umrah untuk Somem, balace payment baju Ghombau dari Hj Resul & sales baju Zulhijjah & Def Leppard. Lepas modal untuk balik jumpa bonda tercinta. Alhamdulillah.
Disebabkan aku prioritise untuk siapkan kerja, maka workout aku pun cacar merba. Banyak ponteng. Aku cuma dapat lari hari Rabu je. Itu pun macam mengah tapi ku turutkan juga. So aku maybe skip aje lah event lari bila dah tengok kat kalendar 2024 Pacemaker. Maybe aku consider event basikal macam jamboree & gravel bike. See how lah...
Comments
Post a Comment